Sunday, December 12, 2010

Cinta VS Suka..

bila kita bersama orang yang kita cintai,
jantung kita akan berdegup kencang...
dan bila kita bersama orang yang kita suka,
hati kita akan berasa gembira...

sekiranya orang yang kita cintai menangis,
kita turut menangis...
dan sekiranya orang yang kita suka menangis,
kita akan berusaha untuk menggembirakannya...

bila kita melihat mata orang yang kita cintai,
kita akan berasa malu...
dan bila kita melihat mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

ada orang kata...
perasaan cinta dan suka adalah sama...
tapi sebenarnya tidak...
makna cinta lebih besar ertinya berbanding suka...

perasaan cinta dan suka itu adalah anugerah Allah..

cinta antara manusia belum pasti berkekalan
kerana jodoh dan takdir kan di tangan Tuhan...
lelaki diciptakan untuk perempuan..
dan perempuan diciptakan untuk lelaki...

No comments:

Post a Comment